Quote

Kenali Shelves aka Para

Shelf ataupun dalam bahasa melayu para merupakan salah satu aspek penting dalam menghiasi ruang kediaman samada di dapur, ruang tamu, bilik mahupun di dalam bilik air. Shelves ni boleh didapati samada yang dah siap dijual dipasaraya mcm tesco, giant ataupun ikea. Cuma shelves yang ada dipasaran sedia ada ni, tak banyak pilihan dan kebanyakannya dibuat dari material low gred melamin atau mdf (habuk kayu pulpa yang di kitar-semula). Bagi yang mahukan shelves yang menarik dengan ciri2 dan karakter tersendiri dan tahan lama bolehla menghubungi saya untuk menempah bergantung pada bajet anda.

4

1

5

Umumnya ada 2 jenis wall shelves iaitu “braket shelves” dan “mounted shelves”. Perbezaan ketara mounted shelve tak menggunakan braket besi  tetapi menggunakan teknik inner socket yang mana lebih fit dan kukuh bagi menampung beban yang lebih berat malah tampak lebih kemas. Akan tetapi gaya braket juga kini telah diberi nafas baru ala hipster yang mana lebih ringkas apabila braket tersebut di diberi kemasan cat bagi menaikkan seri dan seni yang tersendiri.

SHELVES PENAIK SERI KEDIAMAN ANDA

6

Walaupun ringkas, tetapi elemen shelves dibahagian dinding legar atau fixtures wall mampu menaikkan seri ruang tamu kepada unsur moden dan sofistikated. Salah satu elemen penting dalam KONSEP NORDIC adalah binaan shelves pada ruang kediamanan dari ruang tamu sehingga ke bilik air. Shelves berperanan penting bagi menyusun atur setiap ruang supaya mempunyai fungi yang praktikal dalam kegunaan harian.

3 KELEBIHAN SHELVES DALAM KEHIDUPAN HARIAN

MENJIMATKAN MASA- Akses pantas pada barang yang diletakkan di shelves seperti kunci,         beg, helmet dan sebagainya.

MENJIMATKAN RUANG STOR-Barang2 seperti air fresher, frame gambar, cenderahati, buku boleh diletakkan di shelves sebagai hiasan daripada tersimpan didalam stor ataupun bawah katil.  

LEBIH BERDISIPLIN-Perlu sentiasa membersihkkan item2 di shelves dibersihkan dari debu, habuk dan sawang.     

7